Saturday, February 20, 2010

Info Solar Car Competition

Solar Car Competition merupakan satu pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SCC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Sel Solar bagi penggunaan di peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar untuk kegunaan peringkat kebangsaan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car. Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
13. Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu :-
a) Binaan badan
b) Chasis
c) Tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
14. Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
15. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car turut diambilkira.
16. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :-
a) Pembinaan dan pem,bangunan model kereta - 4 jam,
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

1 comment: