Syarat Pertandingan


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris)

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI 2012 



Syarat pertandingan adalah seperti berikut :- 

a)                  Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja. 

b)                  Setiap sekolah dibenarkan  menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring. 

c)                 Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya. 

d)                  Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.

e)                  Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. 

f)                   Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia melalui email atau fax          (2 minggu)  sebelum pertandingan dijalankan. Skrip akan diperbanyakkan oleh urusetia  sebanyak 3 salinan untuk tujuan penghakiman.

 Setiap skrip perlu menggunakan format seperti berikut: 

            Format: Word
            Font: Arial
            Saiz: 12
            Line Spacing: 1.5 

Dilarang meletakkan nama peserta atau nama sekolah dalam skrip berkenaan. 

g)                  Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit.  Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-

i       Permulaan                          -              1 kali
ii      Minit keempat                  -              1 kali
iii     Minit kelima                       -              2 kali

 Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.

h)                  Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone.

i)                  Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.

j)                   Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.

k)                  Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-


i           Mesej dan isi fakta sains        40%
ii          Persembahan                           20%
iii         Bahasa                                       20%
iv         Kreativiti                                    15%
v          Pakaian - costume                    5%

l)                    Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang (Sekurang-kurangnya 2 hakim berasas latar belakang Sains) dan peringkat kebangsaan 5 orang (Sekurang-kurangnya 3 hakim berasas latar belakang Sains)

m)                Keputusan hakim adalah muktamad.







KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012
SYARAT PERTANDINGAN EUREKA  RE & EE BEACH HOUSE
1.            TAJUK   :              
EUREKA REEE 
2.            TEMA    :              
RENEWABLE ENERGY AND ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE
3.            AKTIVITI:            
Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum. 
4.            SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1          Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 
4.2          Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera
                kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.
4.3         Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2   murid  perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
4.4          Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru  pembimbing. 
4.5         Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
               4.6        Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
4.7        Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
4.8         Hanya bahan dan alatan yang disenaraikan oleh pihak penganjur sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan.
4.9         Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan.
4.10       Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urus setia pertandingan.
               4.11      Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
4.12      Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of suprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
4.13       Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di  dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.
4.14       Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.
4.15       Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
4.16      Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
             4.17      Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1   markah 
     akan ditolak.
             4.18        Setiap pasukan diberi masa 5  jam untuk menyempurnakan projek.
             4.19        Peserta akan berehat selama 1 jam (4 jam sesi pagi dan 1 jam pada sesi petang).
            4.20        Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
                              i.     Kebolehan kreatif                                  -  20 markah
                             ii.     Pemikiran saintifik                                 -  20 markah
                           iii.     Kemahiran saintifik                                -  20 markah
                           iv.     Kerja berpasukan                                   -  10 markah
                            v.     Ketelitian dan kekemasan                     -  10 markah
                           vi.     Komunikasi (soal jawab)                       -  10 markah
                         vii.     Persembahan multimedia                     -  10 markah
4.21       Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
             4.22        Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah 
     seperti berikut;
a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi  (100 m2).
                             b) Mempunyai kemudahan:
                                    2 bilik tidur
                                                                                1 bilik air
                                                                                1 dapur
                                                                                1 ruang makan
                                                                                1 ruang tamu   
4.23        Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk   
        elemen-elemen KT & TD.
              5.0          PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
               Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point  dan disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
              5.1          Objektif
              5.2          Metodologi/Kaedah
              5.3          Peralatan digunakan
              5.4          Pelan/layout
              5.5          Penerangan konsep EE
              5.6          Penerangan konsep RE
              5.7          Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja
(termasuk 3 minit sesi soal jawab)
              7.            HAL-HAL LAIN
              7.1          Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.
              7.2          Setiap sekolah dipohon membekalkan komputer riba dan digital kamera kepada pelajar
       bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.
7.3         Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.


 

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012
PERINGKAT NEGERI

 1.       PENDAHULUAN 

          Pertandingan Saintis Muda merupakan salah satu acara yang akan dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2012. Pertandingan ini dijalankan untuk dua kategori iaitu kategori melibatkan Sekolah Rendah (Tahap 2) dan Sekolah Menengah (Menengah Rendah). Setiap pasukan diwakili oleh 2 orang murid dan perlu melaksanakan amali dalam 5 stesen iaitu 3 stesen dilaksanakan dalam makmal dan 2 stesen di luar makmal.   


          Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dimurid dalam bilik darjah.



2.        RASIONAL/ MATLAMAT

          Program dan aktiviti ini diharap akan : 

2.1         Mendedahkan murid tentang kepentingan aktiviti amali sebagai sokongan kepada teori yang dimurid di bilik darjah.
 

2.2         Melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.


2.3         Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk menyelesaikan persoalan saintifik.


2.4         Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha murid dalam bidang sains dan teknologi. 


2.5         Memupuk minat murid ke arah cintakan Sains dan Teknologi 


2.6         Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan semasa menjalankan amali dalam makmal.
  

3.        OBJEKTIF 

3.1         Menyediakan peluang bagi murid memperkembangkan bakat dan minat dalam bidang Sains & Teknologi.


3.2         Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang Sains dan Teknologi agar :

i)             Meningkatkan penyertaan murid dalam Karnival Sains & Teknologi peringkat negeri


ii)            Menyediakan murid yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan.


iii)           Menyediakan murid yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang terhad


iv)           Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan amali Sains sebagai amalan wajib P & P Sains


vii)          Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan murid dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.
 

4.           PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN 

Rujuk Lampiran 1 – Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 3)

Rujuk Lampiran 2 – Sekolah Rendah (Tahap 2 – Tahun 4 hingga Tahun 6) 



PERTANDINGAN SAINTIS MUDA

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2012


A.   Syarat Pertandingan Saintis Muda 

1              Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.


2              Peserta pertandingan adalah daripada murid-murid:

a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6 

b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 – 3


2.       Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.


3.            Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta.


4.            Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.


5.            Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab Coat” semasa pertandingan dijalankan.


6.            Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.


7.            Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.


8.            Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.


9.            Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan.


10.         Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.


11.         Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.


12.         Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali mengikut stesen.


13.         Keputusan hakim adalah muktamad.


    B.   Kaedah Pelaksanaan Pertandingan


1.            Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.


2.            Pertandingan yang dijalankan berbentuk stesen. Lima stesen akan disediakan.
2.1 Dua stesen di luar makmal (15 minit satu stesen)
2.2 Tiga stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen)


3.            Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran murid menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut.


4.            Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.


5.            Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya 


6.            Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.


7.            Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai pemenang.


8.            Keputusan hakim adalah muktamad.


KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012

SYARAT PERTANDINGAN EFFICIENCY ENERGY COOKING COMPETITION (EECC)



1.         TAJUK:           

PERTANDINGAN MEMASAK MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

2.         TEMA:             

EFFICIENCY ENERGY COOKING

3.         AKTIVITI:       

Pertandingan rekacipta peralatan memasak menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui secara optimum.



4.         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

4.1       Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.

4.2       Pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3.

4.3       Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing.

4.4       Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.

4.5       Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.

4.6       Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran C3/D-EEC pertandingan.  Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang ditetapkan.

4.7        Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.

4.8        Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air).

4.9       Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal.  

4.10      Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.

4.11      Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Power Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. 

4.12      Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.

4.13      Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

4.14      Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

a)         Pembinaan dan pembangunan dapur suria – 4 jam

b)         Persediaan persembahan Multimedia Power Point  – 2 jam

c)          Persembahan multimedia – 10 minit

d)         Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam



5.         KAEDAH PENGHAKIMAN

5.1        Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada kriteria berikut:

5.1.1     Pengujian kebolehfungsian peralatan (25%)

- alat akan diuji dari segi kebolehupayaan memasak air dalam masa yang ditetapkan.

5.1.2     Rekabentuk (25%)

- rekabentuk hendaklah praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.

5.1.3     Kekemasan (15%)

- kekemasan dan kesempurnaan rekaan.

5.1.4     Persembahan (35%)

- penerangan perlulah jelas dengan pengaplikasian fakta sains yang tepat.



6.         PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point  dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

6.1        Abstrak

6.2        Objektif

6.3        Pengenalan dan pernyataan masalah

6.4        Teori Saintifik - pengumpulan haba

6.5        Penjelasan mengenai pemilihan warna

6.6        Penerangan bergambar semasa pembuatan

6.7        Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)

6.8        Kesimpulan

6.9        Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja

(termasuk 3 minit sesi soal jawab)



8.         HAL-HAL  LAIN

8.1        Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.

8.2        Pihak sekolah dipohon membekalkan membawa komputer riba dan digital kamera bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.

8.3       Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.

8.4       Jika pertandingan bahagian kebolehfungsian peralatan tidak dapat dijalankan disebabkan keadaan cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.

8.5        Untuk maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman web :

i.          http://solarcooking.org/  ii.          http://home.earthlink.net/




KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT

PERINGKAT NEGERI
 
1.         TAJUK :          

SOLAR BOAT COMPETITION 

2.         TEMA   :          
SOLAR ENERGY BOAT

3.          AKTIVITI:       

Menghasilkan satu rekabentuk bot yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.


4.0       SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

4.1        Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

4.2        Terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .

4.3       Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.

4.4       Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.

4.5       Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.

4.6                   Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Boat Competition adalah bebas.

4.7       Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model bot, adalah tidak dibenarkan.

4.8        Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak boleh melebihi 1 watt.

4.9       Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas.

4.10      Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambil kira.

4.11      Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

a)         Pembangunan dan pembinaan model kereta – 4 jam

b)         Persediaan persembahan Multimedia Power Point  – 2 jam

c)          Pembentangan persembahan multimedia – 10 minit

d)         Pertandingan Kelajuan





5.0       KAEDAH PENGHAKIMAN

5.1       Pembinaan dan Pembangunan bot hendaklah memenuhi kriteria berikut:

5.1.1     Kemahiran Manipulatif

5.1.2     Kemahiran Proses Sains



5.2       Persembahan dan Pembentangan:

Setiap persembahan mestilah menggunakan perisian  Power Point  dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

5.2.1     Abstrak

5.2.2     Objektif

5.2.3     Teori saintifik

5.2.4     Inovasi Rekabentuk Pembuatan

5.2.5     Cuba Jaya

5.2.6     Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja.

(termasuk 3 minit sesi soal jawab)



5.3       Bahagian 2 – Pertandingan Kelajuan

5.3.1     Trek bagi tujuan perlumbaan akan disediakan oleh pihak penganjur.

5.3.2     Semua bot disusun serentak mengikut trek masing-masing.

5.3.3     Trek perlumbaan adalah berukuran 2m panjang X 45cm lebar.

5.3.4     Perlumbaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu saringan, separuh akhir dan akhir.

5.3.5     Sebanyak 4  Solar Boat Competition akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.

5.3.6     Setiap kumpulan akan berlumba sebanyak 3 pusingan.

5.3.7     Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.

5.3.8     Selang masa di antara setiap perlumbaan ialah 3 minit.

5.3.9     Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600-700Lux.



6.0       KAEDAH PERTANDINGAN

6.1        Semua peserta yang  berdaftar akan diberikan kod bot B1, B2,...B32.

6.2       Pertandingan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

6.2.1     Saringan:

a)         Semua model Solar Boat Competition akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan kelajuan.

b)         Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu dan diikuti dengan  penghakiman kelajuan.

c)         Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi mendapatkan 8 model Solar Boat Competition yang terbaik bagi pusingan separuh akhir.



6.2.2     Separuh Akhir:

a)         Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.

b)         Sebanyak 4 model Solar Boat Competition  yang mencatatkan masa paling laju dipilih ke pusingan akhir.



6.2.3     Akhir:

a)         Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.

b)         Masa yang paling laju akan direkod dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga.
6.3        Kuasa semua model Solar Boat Competition yang berjaya, akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta dari membuat pengubahsuaian.


7.0       HAL-HAL LAIN

7.1        Semasa pertandingan berjalan, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.

7.2        Pihak sekolah dipohon membekalkan komputer riba dan digital kamera bagi tujuan

penyediaan persembahan Multimedia Power Point.
7.3       Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.




 
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2012
SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION
1.         TAJUK:           
PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

2.         TEMA: 
PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU TENAGA

3.         AKTIVITI:       
Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

4.0       SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
4.1        Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
4.2        Terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .
4.3       Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.
4.4       Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4.5       Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
4.6       Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran.  Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
4.7       Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.
4.8       Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.
4.9       Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.
4.10      Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition. Jenis alat adalah bebas.
4.11      Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
a)         binaan badan
b)         chasis
c)          tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
4.12      Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
4.13      Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira.
4.14      Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:
a)         Pembinaan dan pembangunan model kereta – 4 jam
b)         Persediaan persembahan Multimedia Power Point  – 2 jam
c)          Persembahan multimedia – 10 minit
d)         Pertandingan Kelajuan

5.0       KAEDAH PENGHAKIMAN
5.1       Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut:
5.1.1     Kemahiran Manipulatif
5.1.2     Kemahiran Proses Sains

5.2       Persembahan dan Pembentangan:
Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point   dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
5.2.1     Abstrak
5.2.2     Objektif
5.2.3     Inovasi
5.2.4     Teori Saintifik
5.2.5     Rekabentuk
5.2.6     Trial Result
5.2.7     Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja
(termasuk 3 minit sesi soal jawab)

5.3       Bahagian 2 – Pertandingan Kelajuan
5.3.1     Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.
5.3.2     Semua model Solar Car Competition akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan.
5.3.3     Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar.
5.3.4     Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
a)         saringan
b)         separuh akhir
c)          akhir
5.3.5     Sebanyak 4 model Solar Car Competition akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.
5.3.6     Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 3 pusingan.
5.3.7     Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.
5.3.8     Jika terdapat model Solar Car Competition yang tidak mengikut trek yang telah ditetapkan semasa perlumbaan, kereta berkenaan akan mengulangi semula perlumbaan dengan mengecualikan kereta yang telah mengalami pelanggaran.
5.3.9     Jika terdapat mana-mana model Solar Car Competition yang berlanggaran, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang telah berlanggaran itu.
5.3.10   Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600-700 Lux.

6.0       KAEDAH PERTANDINGAN
6.1        Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta C1, C2,...C28.
6.2       Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
6.2.1     Saringan:
a)         Semua model Solar Car Competition akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan kelajuan.
b)         Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan.
c)         Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih 8 model Solar Car Competition yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.
6.2.2     Separuh Akhir:
a)         Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.
b)         4 model Solar Car Competition paling laju akan terpilih ke pusingan akhir.
6.2.3     Akhir:
a)         Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.
b)         Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga.
6.3        Kuasa semua model Solar Car Competition yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.

8.0       HAL-HAL LAIN
8.1        Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu murid sepanjang pertandingan dijalankan.
8.2        Sekolah dipohon membekalkan komputer riba dan kamera digital bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.
8.3       Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.
8.4       Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.






No comments:

Post a Comment