Tuesday, May 22, 2012

Unit Sains, Matematik dan Teknologi Berwajah Baru

Mulai tahun 2012, Blog Sub Unit Sains, Teknologi dan Matematik dalam proses kemaskini dari masa ke semasa. Buat masa ini, segala pemberitahuan boleh di rujuk kepada Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di  http://www.jpnns.gov.my/utama/

Saturday, February 20, 2010

Info Solar Boat Competition

Solar Boat Competition adalah satu pertandingan menghasilkan satu rekabentuk bot yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SBC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Boat adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Boat, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Boat tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Bilangan dan jenis solar yang akan digunakan di peringkat kebangsaan akan dibekalkan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori bot seperti soldering iron, screw driver, motor di peringkat kebangsaan juga disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas. kit tambahan turut disediakan oleh penganjur.
13. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambilkira.
14. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembangunan dan pembinaan model bot - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Pembentangan persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

EUREKA Energy Efficiency Beach House

EUREKA Energy Efficiency Beach House Competition adalah pertandingan menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciriu kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5.
2. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
5. Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
6. Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah ditepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
7. Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah dimana dimensinya adalah seperti berikut :
a) Keluasan rumah : seratus meter persegi
b) Mempuntyai kemudahan : 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur, 1 ruang makan, 1 ruang tamu.
8. Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh penganjur sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa jua bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan.
9. Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urusetia pertandingan.
10. Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
11. Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik sahaja pertandingan dimulakan (element of surprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
12. Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.
13. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.
14. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
15. Semasa pertandingan ijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan pleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
16. Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 markah akan ditolak.
17. Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek.
18. Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
19. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
20. Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-emelen KT & TD.

Info Efficiency Energy Cooking Competition

Efficiency Energy Cooking Competition adalah pertandingan rekacipta peralatan memasak menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertanduingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Ting. 1 hingga 3.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran C3/D-EFC pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur.
7. Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.
8. Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml.
9. Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal.
10. Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.
11. Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Powerpoint yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
12. Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.
13. Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.
14. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembinaan dan pembangunan dapur suria - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Persembahan multimedia - 10 minit
d) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam
15. Untuk makluman, sila layari laman web : http://solarcooking.org/ atau http://home.earthlink.net/

Info Solar Car Competition

Solar Car Competition merupakan satu pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SCC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Sel Solar bagi penggunaan di peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar untuk kegunaan peringkat kebangsaan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car. Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
13. Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu :-
a) Binaan badan
b) Chasis
c) Tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
14. Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
15. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car turut diambilkira.
16. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :-
a) Pembinaan dan pem,bangunan model kereta - 4 jam,
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi 2010

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu agensi yang terbabit dengan penganjuran pertandingan-pertandingan seperti berikut :-
a. Solar car Competition
b. Efficiency Energy Cooking Competition (EECC)
c. EUREKA Renewable Energy and Energy Efficiency Beach House Competition
d. Solar Boat Competition

Objektif
1. Memberi kesedaran di kalangan pelajar, guru dan masyarakat mengenai kepentingan menggunakan tenaga dengan efisien dan sumber tenaga alternatif sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.
2. Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran maniputaltif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar.
3. Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.
4. Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan tema suria di peringkat sekolah lagi.
5. Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan berhemah.
6. Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan pelajar.
7. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PIPP.
8. Menggilap minat pelajar ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dam seni bina.
9. Menggalakkan kempen tenaga diperbaharui dan memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.
10. Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar.
11. Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikuluim dengan pengabung jalinan dalam bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.

Thursday, February 18, 2010

Info Science Show Competition 2010

Format Pertandingan
1. Pertandingan "Science Show" akan dijalankan dalam 2 peringkat iaitu peringkat pemilihan (audition) dan peringkat akhir (final).
2. Selepas peringkat pemilihan, satu sekolah dari setiap negeri akan dipilih untuk mewakili negeri masing-masing ke peringkat akhir. Empat sekolah pilihan juri yang mendapat markah tertinggi juga akan layak mara ke akhir.
3. Para peserta bebas memilih sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris sebagai medium penyampaian. Namun, peserta tidak dibenarkan mencampur aduk kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.
4. Semua penyertaan hendaklah disertakan bersama skrip persembahan dan borang penyertaan yang lengkap.
5. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan/pasukan sahaja.
6. Setiap persembahan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut : -
Hasil karya/skrip (10%); Persembahan (25%); Bahasa & Penyampaian (15%);
Unsur sains (40%); Props & kesan khas - audio/visual (10%) = 100%

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Ting. 4 yang menuntut di mana-mana sekolah di Malaysia.
2. Setiap penyertaan seharusnya dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 orang (2 pelajar + 1 Guru pengiring).
3. Skrip persembahan hendaklah ditulis dan dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
4. Skrip persembahan mestilah bersifat karya asli. Skrip harus ditaip dalam format :-
Font (Arial); Size (12); Spacing (Double Spacing)
5. Setiap pertunjukan sains hendaklah tidak lebih 20 minit.
6. Tema skrip persembahan hendaklah berkisar tentang sains secara umum. Peserta dinasihatkan tidak mencampur aduk pelbagai topik sains dalam satu persembahan bagi tujuan memudahkan penilaian juri.
7. Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
8. Pakaian peserta adalah tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing. Pemakaian kostum mestilah bersesuaian dan tidak menggangu kelancaran persembahan.
9. Semua penyertaan yang dihantar adalah dianggap sebagai hak milik Petrosains.
10. Borang penyertaan mestilah dihantar ke Petrosains sebelum 26 Feb. 2010.
11. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah Pertandingan
Johan : RM3000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM30,000

Naib Johan : RM2000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM20,000

Ketiga : RM1000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM10,000

Pasukan yang berjaya ke Pertandingan Akhir akan diberi geran berjumlah RM200 bagi penyediaan bahan pertunjukan.