Saturday, March 14, 2009

Pertandingan Sainstis Muda KSTPK2009

Syarat Pertandingan :
1. Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar :
a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6
b. Sekolah Menengah - Ting. 1 - 3
2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.
3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 peserta.
4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.
5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta "Lab Coat" semasa pertandingan dijalankan.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.
7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.
8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.
9. Guru pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan.
10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.
11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.
12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali mengikut stesen.
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Kaedah Pelaksanaan Pertandingan
1. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.
2. Pertandingan dijalankan berbentuk stesen. 5 stesen akan disediakan.
* 2 stesen di luar makmal (15 minit satu stesen)
* 3 stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen)
3. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut.
4. Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.
5. Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya.
6. Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.
7. Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment