Sunday, March 1, 2009

Pertandingan Pertunjukan Sains Peringkat Kebangsaan 2009

PETROSAINS dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bakal menganjurkan satu pertandingan baru iaitu Pertandingan Pertunjukan Sains (Science Show Competition) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009.

Pertandingan yang masih dalam peringkat perancangan ini bakal dibuka kepada pelajar tingkatan 4 di semua sekolah di Malaysia termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional. Penyertaan adalah dalam bentuk 4 sepasukan (3 pelajar + 1 guru pengiring). Skrip persembahan hendaklah ditulis dan dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Walaubagaimanapun peserta dilarang sama sekali mencampur adukkan kedua-duanya dalam sesuatu persembahan. Sesebuah pertunjuan sains yang dipersembahkan tidak boleh melebihi jangkamasa 20 minit. Tema skrip pertunjukan adalah berkisar tentang sains secara umum. Namun peserta diingatkan agar tidak mencampur adukkan pelbagai topik sains bagi memudahkan juri membuat penilaian. Proses pemilihan (audition) akan dijalankan di setiap negeri bagi memilih 15 pasukan terbaik. Sekolah-sekolah yang terpilih akan mempersembahkan pertunjukan sainsnya di pertandingan peringkat Negeri.

Pihak JPNS sudahpun mengedarkan borang maklumbalas awal bagi mengenalpasti sekolah-sekolah yang berminat menyertai program ini. Sila fakskan semula ke Unit Kokurikulum (06-7637830 atau 06-7653115) sebelum 30 Mac 2009. Satu taklimat khas akan diadakan kepada sekolah-sekolah yang berminat menyertainya. Maklumat terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment