Tuesday, May 22, 2012

Unit Sains, Matematik dan Teknologi Berwajah Baru

Mulai tahun 2012, Blog Sub Unit Sains, Teknologi dan Matematik dalam proses kemaskini dari masa ke semasa. Buat masa ini, segala pemberitahuan boleh di rujuk kepada Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di  http://www.jpnns.gov.my/utama/

Saturday, February 20, 2010

Info Solar Boat Competition

Solar Boat Competition adalah satu pertandingan menghasilkan satu rekabentuk bot yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SBC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Boat adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Boat, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Boat tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Bilangan dan jenis solar yang akan digunakan di peringkat kebangsaan akan dibekalkan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori bot seperti soldering iron, screw driver, motor di peringkat kebangsaan juga disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas. kit tambahan turut disediakan oleh penganjur.
13. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambilkira.
14. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembangunan dan pembinaan model bot - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Pembentangan persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

EUREKA Energy Efficiency Beach House

EUREKA Energy Efficiency Beach House Competition adalah pertandingan menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciriu kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5.
2. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
5. Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
6. Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah ditepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
7. Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah dimana dimensinya adalah seperti berikut :
a) Keluasan rumah : seratus meter persegi
b) Mempuntyai kemudahan : 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur, 1 ruang makan, 1 ruang tamu.
8. Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh penganjur sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa jua bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan.
9. Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urusetia pertandingan.
10. Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
11. Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik sahaja pertandingan dimulakan (element of surprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
12. Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.
13. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.
14. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
15. Semasa pertandingan ijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan pleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
16. Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 markah akan ditolak.
17. Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek.
18. Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
19. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
20. Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-emelen KT & TD.

Info Efficiency Energy Cooking Competition

Efficiency Energy Cooking Competition adalah pertandingan rekacipta peralatan memasak menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertanduingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Ting. 1 hingga 3.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran C3/D-EFC pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur.
7. Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.
8. Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml.
9. Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal.
10. Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.
11. Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Powerpoint yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
12. Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.
13. Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.
14. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembinaan dan pembangunan dapur suria - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Persembahan multimedia - 10 minit
d) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam
15. Untuk makluman, sila layari laman web : http://solarcooking.org/ atau http://home.earthlink.net/

Info Solar Car Competition

Solar Car Competition merupakan satu pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SCC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Sel Solar bagi penggunaan di peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar untuk kegunaan peringkat kebangsaan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car. Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
13. Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu :-
a) Binaan badan
b) Chasis
c) Tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
14. Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
15. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car turut diambilkira.
16. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :-
a) Pembinaan dan pem,bangunan model kereta - 4 jam,
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi 2010

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu agensi yang terbabit dengan penganjuran pertandingan-pertandingan seperti berikut :-
a. Solar car Competition
b. Efficiency Energy Cooking Competition (EECC)
c. EUREKA Renewable Energy and Energy Efficiency Beach House Competition
d. Solar Boat Competition

Objektif
1. Memberi kesedaran di kalangan pelajar, guru dan masyarakat mengenai kepentingan menggunakan tenaga dengan efisien dan sumber tenaga alternatif sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.
2. Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran maniputaltif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar.
3. Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.
4. Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan tema suria di peringkat sekolah lagi.
5. Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan berhemah.
6. Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan pelajar.
7. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PIPP.
8. Menggilap minat pelajar ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dam seni bina.
9. Menggalakkan kempen tenaga diperbaharui dan memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.
10. Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar.
11. Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikuluim dengan pengabung jalinan dalam bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.

Thursday, February 18, 2010

Info Science Show Competition 2010

Format Pertandingan
1. Pertandingan "Science Show" akan dijalankan dalam 2 peringkat iaitu peringkat pemilihan (audition) dan peringkat akhir (final).
2. Selepas peringkat pemilihan, satu sekolah dari setiap negeri akan dipilih untuk mewakili negeri masing-masing ke peringkat akhir. Empat sekolah pilihan juri yang mendapat markah tertinggi juga akan layak mara ke akhir.
3. Para peserta bebas memilih sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris sebagai medium penyampaian. Namun, peserta tidak dibenarkan mencampur aduk kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.
4. Semua penyertaan hendaklah disertakan bersama skrip persembahan dan borang penyertaan yang lengkap.
5. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan/pasukan sahaja.
6. Setiap persembahan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut : -
Hasil karya/skrip (10%); Persembahan (25%); Bahasa & Penyampaian (15%);
Unsur sains (40%); Props & kesan khas - audio/visual (10%) = 100%

Syarat-syarat Pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Ting. 4 yang menuntut di mana-mana sekolah di Malaysia.
2. Setiap penyertaan seharusnya dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 orang (2 pelajar + 1 Guru pengiring).
3. Skrip persembahan hendaklah ditulis dan dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
4. Skrip persembahan mestilah bersifat karya asli. Skrip harus ditaip dalam format :-
Font (Arial); Size (12); Spacing (Double Spacing)
5. Setiap pertunjukan sains hendaklah tidak lebih 20 minit.
6. Tema skrip persembahan hendaklah berkisar tentang sains secara umum. Peserta dinasihatkan tidak mencampur aduk pelbagai topik sains dalam satu persembahan bagi tujuan memudahkan penilaian juri.
7. Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
8. Pakaian peserta adalah tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing. Pemakaian kostum mestilah bersesuaian dan tidak menggangu kelancaran persembahan.
9. Semua penyertaan yang dihantar adalah dianggap sebagai hak milik Petrosains.
10. Borang penyertaan mestilah dihantar ke Petrosains sebelum 26 Feb. 2010.
11. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah Pertandingan
Johan : RM3000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM30,000

Naib Johan : RM2000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM20,000

Ketiga : RM1000 + Plak + Sijil + Barangan Petrosains & Program Pembangunan Sains RM10,000

Pasukan yang berjaya ke Pertandingan Akhir akan diberi geran berjumlah RM200 bagi penyediaan bahan pertunjukan.

Saturday, April 18, 2009

RHB-THE STAR Mighty Minds 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama The Star dan Bank RHB akan menganjurkan pertandingan Mighty Minds 2009. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah di seluruh Malaysia. Para pemenang di peringkat negeri akan bertanding di peringkat kebangsaan pada 15 dan 16 Ogos 2009 di Kuala Lumpur.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori :
* Murid ting. 1 - 3 (kuiz objektif berdasarkan sains prinsipal, matematik & pengetahuan am)
* Murid ting. 4 & 5 (pembinaan sebuah model berdasarkan sains prinsipal & matematik)

Justeru, sekolah-sekolah menengah NS digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar maksimum dua pasukan bagi setiap kategori terdiri daripada 3 murid & seorang guru pembimbing sepasukan. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.00 sepasukan. Namun, semua kos penyertaan adalah atas tanggungan pihak sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.thestar.com.my/mightyminds/.

Lanjutan Tarikh Tutup Pendaftaran Pertandingan F1 In Schools

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melanjutkan tarikh tutup pendaftaran penyertaan Pertandingan F1 In Schools Technology Challenge ke 30 April 2009. Lanjutan tarikh ini bertujuan memberi masa yang cukup kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menyediakan pasukan dan Pelan Pernagaan (Business Plan) sebagai syarat awal menyertai pertandingan tersebut.

Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan serta maklumat pertandingan boleh dirujuk melalui laman web www.f1inschools.com.my. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan ke F1 In School secara faks (03-4024 4573) dan salinannya difakskan ke Unit Kokurikulum JPNS (06-763 7830) untuk rujukan.

Sekolah yang mendaftar bagi menyertai pertandingan ini hendaklah menghantar Pelan Perniagaan 5 mukasurat bersaiz A4 bagi pemilihan saringan ke peringkat zon. Pelan Perniagaan tersebut mestilah dibukukan dan dihantar sebelum 30 April ke Unit Kokurikulum, JPNS.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Zainab Abu Kassim di talian 06-764 7668. Harap maklum.

Saturday, March 14, 2009

Pertandingan Bercerita Sains KSTPK2009

Syarat Pertandingan :
1. Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja.
2. Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.
3. Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.
4. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran sains Sekolah Rendah.
5. Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.
6. Skrip cerita (5 salinan) hendaklah diserahkan kepada urusetia pada hari pertama karnival.
7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :
i. Permulaan - 1 kali
ii. Minit keempat - 1 kali
iii. Minit kelima - 2 kali
Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.
8. Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara.
9. Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.
10. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.
11. Markah bagi pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut:
i. Mesej dan isi fakta sains 40%
ii. Persembahan 20%
iii. Bahasa 20%
iv. Kreativiti 15%
v. Pakaian (costume) 5%
12. Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang dan peringkat kebangsaan 5 orang (Sekurang-kurangnya 3 hakim berasas latar belakang Sains).
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Pertandingan Sainstis Muda KSTPK2009

Syarat Pertandingan :
1. Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar :
a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6
b. Sekolah Menengah - Ting. 1 - 3
2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.
3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 peserta.
4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.
5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta "Lab Coat" semasa pertandingan dijalankan.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.
7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.
8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.
9. Guru pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan.
10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.
11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.
12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali mengikut stesen.
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Kaedah Pelaksanaan Pertandingan
1. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.
2. Pertandingan dijalankan berbentuk stesen. 5 stesen akan disediakan.
* 2 stesen di luar makmal (15 minit satu stesen)
* 3 stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen)
3. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut.
4. Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.
5. Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya.
6. Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.
7. Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.

Sunday, March 1, 2009

Pertandingan Pertunjukan Sains Peringkat Kebangsaan 2009

PETROSAINS dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bakal menganjurkan satu pertandingan baru iaitu Pertandingan Pertunjukan Sains (Science Show Competition) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009.

Pertandingan yang masih dalam peringkat perancangan ini bakal dibuka kepada pelajar tingkatan 4 di semua sekolah di Malaysia termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional. Penyertaan adalah dalam bentuk 4 sepasukan (3 pelajar + 1 guru pengiring). Skrip persembahan hendaklah ditulis dan dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Walaubagaimanapun peserta dilarang sama sekali mencampur adukkan kedua-duanya dalam sesuatu persembahan. Sesebuah pertunjuan sains yang dipersembahkan tidak boleh melebihi jangkamasa 20 minit. Tema skrip pertunjukan adalah berkisar tentang sains secara umum. Namun peserta diingatkan agar tidak mencampur adukkan pelbagai topik sains bagi memudahkan juri membuat penilaian. Proses pemilihan (audition) akan dijalankan di setiap negeri bagi memilih 15 pasukan terbaik. Sekolah-sekolah yang terpilih akan mempersembahkan pertunjukan sainsnya di pertandingan peringkat Negeri.

Pihak JPNS sudahpun mengedarkan borang maklumbalas awal bagi mengenalpasti sekolah-sekolah yang berminat menyertai program ini. Sila fakskan semula ke Unit Kokurikulum (06-7637830 atau 06-7653115) sebelum 30 Mac 2009. Satu taklimat khas akan diadakan kepada sekolah-sekolah yang berminat menyertainya. Maklumat terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah NS 2009

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah Negeri Sembilan 2009 pada 26 dan 27 Mei 2009 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau.

Dengan itu, sekolah-sekolah adalah dipelawa untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Teknologi Pelancaran Roket (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
2. Bercerita Sains (S/Rendah) : 1 orang sepasukan
3. Eureka REE (S/Rendah) : 4 orang sepasukan
4. Perlumbaan Kereta Solar (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
5. Cooking With Nature (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
6. Saintis Muda (S/Menengah & S/Rendah) : 2 orang sepasukan
7. Inovasi Sains & Kejuruteraan (S/Menengah) : Individu/Kumpulan (3 sepasukan)

Borang penyertaan telahpun diedarkan kepada sekolah-sekolah untuk tindakan. Borang yang lengkap hendaklah dihantar atau fakskan ke Unit Kokurikulum (06-7637830 atau 06-7653115) pada atau sebelum 25 Mac 2009.

Penyertaan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan selepas borang penyertaan diterima. Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada pegawai meja program, Pn. Zainab Abu Kassim di talian 06-7647660.



Sunday, February 22, 2009

National Science Challenge (NSC) 2009

Serba sedikit latar-belakang mengenai Cabaran Sains Kebangsaan (National Science Challenge - NSC) 2009.

Objektif :
1. Menarik minat palajar mempelajari sains
2. Memupuk kesedaran dikalangan pelajar betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan seharian
3. Menggalakkan pelajar memilih kerjaya dalam bidang sains

Latar-belakang Program :
* Ditaja oleh MOSTI sejak 1983, dan dianjurkan oleh LGM
* Pada 1999, Akademi Sains Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program ini dengan tajaan oleh MOSTI dibawah Pelan Rancangan Malaysia
*Novozymes (Malaysia) Sdn Bhd, pada 1999 telah bersetuju menaja hadiah utama, manakala ASTRO pada 2006 bersetuju menyediakan bahan video dan hadiah kepada pemenang
n
n
n
n
n
n

Format Pertandingan :
NCS terbuka kepada pelajar tingkatan 4 jurusan sains dan ia dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Cabarannya terdiri daripada tiga peringkat iaitu :
* Peringkat Awal (kuiz bertulis-borang OMR) - akan dikendalikan secara serentak di semua 15 negeri
* Seperuh Akhir - Perkhemahan residensi sains akan dikendalikan bagi 15 pasukan (satu pasukan terbaik bagi setiap negeri yang terpilih di peringkat awal)
* Akhir - Peringkat Akhir dikendalikan dalam bentuk kuiz. Empat pasukan terbaik daripada separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir.

Hadiah Utama :
Lawatan Sambil Belajar ke Sweden & Denmark (termasuk menyaksikan Majlis Penyerahan Hadiah Nobel pada 10 Disember), Trofi Cabaran Perdana Menteri, RM2,000 untuk sekolah diwakili dan sijil.

Cadangan Masa bagi NSC 2009
* Peringkat Awal - 10 Mac 2009
* Separuh Akhir - Jun 2009
* Akhir - Pertengahan Julai 2009






Negeri Sembilan : Cemerlang, Gemilang & Terbilang!
Azzai, Ukoko 2009

Monday, February 9, 2009

Warga Kerja Unit Kokurikulum JPNS

Berikut di atas adalah warga kerja Unit Ko-kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Unit ini diketuai oleh Ybhg. Encik Ab. Hamid Hj. Omar (duduk tiga dari kiri). Puan Zainab Abu Kassim merupakan Penolong Pengarah Ko-kurikulum Sub Unit Sains dan Teknologi (duduk dua dari kiri).

Senarai warga kerja Unit Ko-kurikulum NS :
Duduk (dari kiri) : Pn. Zuraidah Bustam, Pembantu Am Pejabat; Pn. Zainab; En Ab. Hamid; En. Ariff Ariffin, Penyelia Badan Beruniform GO; Pn. Norhashimah Maarof, Pembantu Tadbir.
Berdiri (dari kiri) : En. Abd. Halim A. Hamid, Penyelia Bahasa; Tn. Hj. Mohamad, Penolong Pengarah Sub Unit Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Antarabangsa; En. Tuah Manaf, Penyelia Badan Beruniform NGO; En. Khairul Hadi Ab. Aziz, Penolong Pengarah Sub Unit Sains Sosial dan Kebudayaan; En. Takzim, Penyelia Kelab dan Persatuan.