Saturday, February 20, 2010

Info Solar Boat Competition

Solar Boat Competition adalah satu pertandingan menghasilkan satu rekabentuk bot yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Syarat-syarat Pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Ting. 1 hingga 5.
2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
3. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SBC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
7. Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Boat adalah bebas.
8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Boat, adalah tidak dibenarkan.
9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Boat tidak boleh melebihi 1 watt.
10. Bilangan dan jenis solar yang akan digunakan di peringkat kebangsaan akan dibekalkan oleh pihak penganjur.
11. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori bot seperti soldering iron, screw driver, motor di peringkat kebangsaan juga disediakan oleh pihak penganjur.
12. Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas. kit tambahan turut disediakan oleh penganjur.
13. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambilkira.
14. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembangunan dan pembinaan model bot - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Pembentangan persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

1 comment:

  1. Macam mana kalau kita beli sendiri solar panel itu dan letakkannya dekat model bot itu.Solar panel nanti pihak penganjur akan bagi saiz kecil atau pun sederhana.

    ReplyDelete