Saturday, March 14, 2009

Pertandingan Bercerita Sains KSTPK2009

Syarat Pertandingan :
1. Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja.
2. Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.
3. Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.
4. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran sains Sekolah Rendah.
5. Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.
6. Skrip cerita (5 salinan) hendaklah diserahkan kepada urusetia pada hari pertama karnival.
7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :
i. Permulaan - 1 kali
ii. Minit keempat - 1 kali
iii. Minit kelima - 2 kali
Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.
8. Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara.
9. Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.
10. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.
11. Markah bagi pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut:
i. Mesej dan isi fakta sains 40%
ii. Persembahan 20%
iii. Bahasa 20%
iv. Kreativiti 15%
v. Pakaian (costume) 5%
12. Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang dan peringkat kebangsaan 5 orang (Sekurang-kurangnya 3 hakim berasas latar belakang Sains).
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Pertandingan Sainstis Muda KSTPK2009

Syarat Pertandingan :
1. Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar :
a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6
b. Sekolah Menengah - Ting. 1 - 3
2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.
3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 peserta.
4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.
5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta "Lab Coat" semasa pertandingan dijalankan.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.
7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.
8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.
9. Guru pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan.
10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.
11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.
12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali mengikut stesen.
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

Kaedah Pelaksanaan Pertandingan
1. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.
2. Pertandingan dijalankan berbentuk stesen. 5 stesen akan disediakan.
* 2 stesen di luar makmal (15 minit satu stesen)
* 3 stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen)
3. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut.
4. Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.
5. Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya.
6. Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.
7. Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.

Sunday, March 1, 2009

Pertandingan Pertunjukan Sains Peringkat Kebangsaan 2009

PETROSAINS dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bakal menganjurkan satu pertandingan baru iaitu Pertandingan Pertunjukan Sains (Science Show Competition) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009.

Pertandingan yang masih dalam peringkat perancangan ini bakal dibuka kepada pelajar tingkatan 4 di semua sekolah di Malaysia termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional. Penyertaan adalah dalam bentuk 4 sepasukan (3 pelajar + 1 guru pengiring). Skrip persembahan hendaklah ditulis dan dipersembahkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Walaubagaimanapun peserta dilarang sama sekali mencampur adukkan kedua-duanya dalam sesuatu persembahan. Sesebuah pertunjuan sains yang dipersembahkan tidak boleh melebihi jangkamasa 20 minit. Tema skrip pertunjukan adalah berkisar tentang sains secara umum. Namun peserta diingatkan agar tidak mencampur adukkan pelbagai topik sains bagi memudahkan juri membuat penilaian. Proses pemilihan (audition) akan dijalankan di setiap negeri bagi memilih 15 pasukan terbaik. Sekolah-sekolah yang terpilih akan mempersembahkan pertunjukan sainsnya di pertandingan peringkat Negeri.

Pihak JPNS sudahpun mengedarkan borang maklumbalas awal bagi mengenalpasti sekolah-sekolah yang berminat menyertai program ini. Sila fakskan semula ke Unit Kokurikulum (06-7637830 atau 06-7653115) sebelum 30 Mac 2009. Satu taklimat khas akan diadakan kepada sekolah-sekolah yang berminat menyertainya. Maklumat terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah NS 2009

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah Negeri Sembilan 2009 pada 26 dan 27 Mei 2009 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau.

Dengan itu, sekolah-sekolah adalah dipelawa untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Teknologi Pelancaran Roket (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
2. Bercerita Sains (S/Rendah) : 1 orang sepasukan
3. Eureka REE (S/Rendah) : 4 orang sepasukan
4. Perlumbaan Kereta Solar (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
5. Cooking With Nature (S/Menengah) : 2 orang sepasukan
6. Saintis Muda (S/Menengah & S/Rendah) : 2 orang sepasukan
7. Inovasi Sains & Kejuruteraan (S/Menengah) : Individu/Kumpulan (3 sepasukan)

Borang penyertaan telahpun diedarkan kepada sekolah-sekolah untuk tindakan. Borang yang lengkap hendaklah dihantar atau fakskan ke Unit Kokurikulum (06-7637830 atau 06-7653115) pada atau sebelum 25 Mac 2009.

Penyertaan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan selepas borang penyertaan diterima. Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada pegawai meja program, Pn. Zainab Abu Kassim di talian 06-7647660.